Senang

November 25, 2008 at 5:17 am Leave a comment

Tengahari tadi DJ Rohaidi memutarkan sebuah lagu yang mempunyai melodi yang bagi saya sesuai didengar sewaktu sedang menikmati makan tengahari. Liriknya juga mudah dimengerti. Tajuk lagu itu Senang, sebuah ciptaan Dato’ Ahmad Nawab, lirik ditulis dan dinanyikan oleh Broery Marantika. Saya transkripsikan liriknya di sini agar dapat sama-sama kita lihat hasrat seni yang ingin disampaikan lewat lagu Senang.

Senang bila dengar lagu merdu
Bila kau dekat denganku
Duhai sahabatku

Senang bila badai telah berlalu
Bila hilang suara pilu
Bila lihat senyummu

Angin timur bertiup ke arah pantai
Bertiup di pasir putih
Hati hancur tubuh bagai dirantai
menantikan damai yang abadi

Senang lihat si miskin tertawa
Lihat si kaya menderma
Dunia pun bahagia

Begitulah cetusan seorang seniman meminta kita bukan sekadar terhibur dengan irama lagu yang dicipta tapi mengajak kita berfikir dan berzikir tentang nikmat dan rahmat yang diamanahkan sepanjang usia di dunia ini.

Yang amat menyentuh hati ialah rangkap terakhir. Alangkah indahnya kehidupan ini seandainya itulah yang menghiasi segenap sudut dunia yang fana ini. Tapi apakan daya, ujian Allah SWT mengatasi segalanya. Kita diuji dengan pelbagai maunah agar akhirnya nanti akan tercetus rasa sabar dan taqwa sebagai insan muslim yang mukmin.

Bukankah dunia ini ladang untuk kita bertanam dan akan menuai hasil terbaik buat bekalan di sana nanti?

Lebih jauh lagi Senang dilihat dari sudut kehadiran mereka yang ‘senang’ bersama kita samada dalam saat senang mahupun susah. Seorang ketua misalnya akan senang apabila kehadirannya disenangi oleh mereka yang di bawah tanggungjawabnya.
Seorang suami atau bapa pastinya senang sekiranya disenangi oleh isteri dan anak-anak. Malah pekerja juga akan merasai senang apabila kehadiran dan peranan mereka disenangi oleh pihak pengurusan.

Persoalannya apakah kehadiran kita saat ini disenangi oleh makhluk bumi dan langit?

Entry filed under: Catatan.

Penyerahan Watikah Perisytiharan Sebagai Warisan Dunia UNESCO Pesan Seorang Sahabat

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kalendar 2009

November 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pelawatku