Archive for May, 2010

Menelusuri Art Therapy

Peserta mempraktik Sandtray Therapy

Selasa dan Rabu lalu(25 & 26 Mei) berada di Balai Seni Lukis Negara(BSLN) menyertai Seminar Art Therapy anjuran AKRAB(Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam) Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan(KPKK). Ini merupakan projek ulung AKRAB KPKK di mana saya sebagai Naib Pengerusi.

Dalam lingkungan dua bulan. Itulah tempoh persiapan menuju seminar yang mengikut katanya yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia.(Jika benar AKRAB bisa memasukkannya ke dalam catatan Malaysia Book Of Records). Dalam tempoh itu terpaksa turun ke KL beberapa kali. Perbincangan demi perbincangan dilakukan. Akhirnya inisiatif itu terungkai pada 25 dan 26 Mei. Alhamdulillah. Sekitar 120 peserta menyertainya. Memang di luar jangkaan. Pada awalnya respon yang diterima sekitar 80 orang sahaja.

Penceramah yang terlibat adalah mereka yang terlibat secara khusus dengan kaunseling termasuk art therapy. Forum yang diadakan pada hari kedua disertai tiga ahli panel termasuk kaunselor/pensyarah/pengamal seorang rakyat Amerika yang kini menjadi tenaga pengajar di Universiti Malaya. Berbaloi seminar dua hari ini. Berbaloi juga usaha AKRAB. Malah masing-masing bersemangat untuk menganjurkan aktiviti seterusnya. Pasti ia akan dipraktikkan sejauh mana input yang diperoleh.

Syabas dan terima kasih buat Faez, Akmal(kedua mereka pegawai psikologi KPKK) serta rakan-rakan AJK AKRAB KPKK yang terlibat antaranya Norazmin(Pengerusi), Mazli, Izham, Ruddy, Tan, Saras, Shahnon, Ramli dan pastinya Fauziah(GIE), penolong setiausaha yang ke hulu ke hilir memastikan seminar berlangsung dengan teratur serta rakan-rakan lain yang terlibat secara langsung atau tidak demi menjayakan inisiatif ini.

Sepetang Bersama Dato' KSU

Syabas yang tak terhingga juga buat semua AJK AKRAB KPKK yang telah mendapat restu Dato’ KSU pada pertemuan Sepetang Dengan Dato’ KSU, Jummat 21 Mei lalu. Pada pertemuan ringkas itu Dato’ KSU telah memberi mandat kepada AKRAB KPKK menjalankan peranan dan aktiviti yang pasti akan mendapat restu dan sokongan daripada beliau. YESSSSS!

May 30, 2010 at 1:11 pm Leave a comment

Vroom……Masa Nan Berlalu

Vroom, sepantas itu masa dirasakan berlalu. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bak seminggu, seminggu umpama sehari dan sehari bagai percikan api. Pantasnya peredaran masa menjelang akhir zaman……..

Begitu begini sepurnama juga blog ini terbiar sepi lantaran kepicikan masa barangkali. Dalam tempoh itu banyak yang dilalui selain melakukan rutin harian. Bulan Mei menjadi bulan yang akan sibuk bagi Melakafm selain bulan April ketika menyambut ulang tahun RTM ke-64.

Secara peribadi saya sendiri seperti bergelut dengan masa dan tugasan. Selain memberi ceramah penyampaian berita di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak(IPPTAR) di Angkasapuri, saya turut terlibat dengan kursus serta persediaan melakukan aktiviti merakyatkan Melakafm.

Gegau Melakafm sempena Hari RTM ke-64 dan pelancaran Jom Sorak Melakafm untuk Sukan Malaysia ke-13 berlangsung dengan jayanya pada 15 dan 16 Mei lalu di perkarangan RTM Melaka. Jom Sorak Melakafm diwujudkan atas idea Pengarah Penyiaran Melaka, Haji Keliwon Pajhar demi untuk meriuhkan Sukan Malaysia yang akan diadakan di Melaka dari 10 hingga 19 Jun. Untuk Jom Sorak saya telah mencipta melodi untuk didendangkan bagi menaikkan semangat atlet Melaka agar hasrat memperoleh 60 pingat emas menjadi kenyataan. Begini liriknya- BOLEH, BOLEH HEI, HEI, HEI,HEI, MELAKA BOLEH. EMAS, EMAS, HEI, HEI, HEI, HEI KITA BUKTIKAN….ENAM PULUH! Semoga Sorakkan Emas ini akan berkumandang dengan gahnya sepanjang Sukan Malaysia nanti.

May 30, 2010 at 12:31 pm Leave a comment


Kalendar 2009

May 2010
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Pelawatku