KUNJUNG ZIARAH

Sabtu lepas berkesempatan mengunjungi rakan persekolahan yang kini sedang “bertarung” dengan penyakit kanser yang dialaminya. Lebih tiga puluh tahun tidak bertemu wajah, kunjungan petang itu lebih kepada mengimbau kembali zaman lalu. Namun apabila menyentuh tentang masa kini yang perlu dilalui, walau tidak terdengar sebak pada butir-butir bicara, namun terkesan kesayuan yang sukar dibayangkan dengan kata-kata.
Jelas kepasrahan pada isi bicara, berbaik sangka pada ketentuan Ilahi dan reda pada apa jua yang bakal dihadapi. Terhias senyuman pada wajah yang memendam seribu kesakitan. Beliau adalah anak Wak Raden yang pernah saya sentuh dalam posting pada 2 Jun 2008 lalu. Beliau adalah Profesor Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, mantan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia(UPM).

2013-08-24 18.39.59.jpg

August 26, 2013 at 5:57 pm Leave a comment

Kembali Menjenguk

Pejam celik bertahun lama tidak menarikan pena di atas kanvas blog ini. Entah bagaimana semangat kembali membara untuk meneruskan kembara. Banyak rasanya yang ingin dipaparkan di sini. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

August 21, 2013 at 5:56 pm Leave a comment

11211

Lamanya tidak menambah posting. Tapi hari ini digagahkan juga kerana sekitar waktu inilah, mengikut ceritanya, seorang bayi anak pasangan Mohd. Zain & Salmiah, lahir ke dunia, 50 tahun lalu, di Kampung Melayu, Jalan Jelapang, Chemor, Perak. Bayi itu dinamai Zazmie.

February 11, 2011 at 7:36 pm Leave a comment

Stormreaders

Saya tidak berhajat nak bercerita tentang apa itu stormreaders. Nak tahu lebih lanjut, layarilah laman sesawangnya. Kalau anda berminat boleh membeli secara online menerusi http://www.stormreaders.net/zazmiezain.

Di sana ada lebih 500 tajuk buku yang jika kita berminat boleh dibeli secara online. Yang pertama seumpamanya di Malaysia  malah di dunia. Pernah dengar majalah Solusi dan Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato Ismail Kamus? Sekarang ia semakin diminati. Cubalah tinjau laman sesawang tersebut. Nikmati kelainannya.

November 2, 2010 at 6:13 pm Leave a comment

Kesempatan Yang Tidak Sempat Ditemui

Nak kata sibuk tidak juga. Tetapi itulah yang terjadi apabila lama tidak membuat entri pada posting. Banyak aktiviti berlalu tanpa dicatat dalam blog. Berlalu bersama hembusan bayu.

Sabtu lepas sempat bersama Al Fadhil Ustaz Dr. Haji Zahazan Mohamed dalam program kuliah beliau di Kolej Mara, Seremban, Negeri Sembilan bersempena aktiviti Stormreaders di sana. Tajuk kuliah beliau, Membawa Cahaya Al Quran Ke Dalam Rumah.

Pada yang sudi singgahlah di http://www.stormreaders.net/zazmiezain untuk mencari bahan bacaan bermutu.

November 2, 2010 at 5:57 pm Leave a comment

BBK 2010

Bulan Oktober adalah Bulan Bahasa Kebangsaan. Tema pada sambutan tahun ini ialah 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara.

Sempena dengan pengisian program BBK, pagi tadi diadakan Sayembara Deklamasi Puisi ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ di Dewan Tun Fatimah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka(IPGKPMM) anjuran bersama Dewan bahasa & Pustak, IPGKPMM dan Radio Malaysia Melakafm. Saya turut terlibat sebagai salah seorang panel juri sayembara tersebut.

Seramai 25 peserta mengambil bahagian yang didoniminasi oleh peserta wanita termasuk dua pelajar sekolah rendah. Satu usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia namun sayang tidak kedapatan peserta bukan Melayu yang tampil bertanding.

Ketika menikmati makan tengahari bersama  Pengarah DBP Kawasan Selatan & Pengarah IPGKPMM, sempat juga menyuarakan hasrat ingin menggiatkan program seni & sastera yang  bakal menyaksikan kolaborasi Radio Malaysia Melakafm, IPGKPMM, DBP dan penggiat seni & sastera Melaka. InsyaAllah jika tiada aral ia akan membuahkan hasil pada tahun 2011 akan datang. Semoga terlaksana.

October 2, 2010 at 1:56 pm Leave a comment

Older Posts


Kalendar 2009

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Pelawatku