BBK 2010
October 2, 2010 at 1:56 pm Leave a comment
Bulan Oktober adalah Bulan Bahasa Kebangsaan. Tema pada sambutan tahun ini ialah 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara.
Sempena dengan pengisian program BBK, pagi tadi diadakan Sayembara Deklamasi Puisi ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ di Dewan Tun Fatimah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka(IPGKPMM) anjuran bersama Dewan bahasa & Pustak, IPGKPMM dan Radio Malaysia Melakafm. Saya turut terlibat sebagai salah seorang panel juri sayembara tersebut.
Seramai 25 peserta mengambil bahagian yang didoniminasi oleh peserta wanita termasuk dua pelajar sekolah rendah. Satu usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia namun sayang tidak kedapatan peserta bukan Melayu yang tampil bertanding.
Ketika menikmati makan tengahari bersama Pengarah DBP Kawasan Selatan & Pengarah IPGKPMM, sempat juga menyuarakan hasrat ingin menggiatkan program seni & sastera yang bakal menyaksikan kolaborasi Radio Malaysia Melakafm, IPGKPMM, DBP dan penggiat seni & sastera Melaka. InsyaAllah jika tiada aral ia akan membuahkan hasil pada tahun 2011 akan datang. Semoga terlaksana.
Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed