Veteran RTM

January 5, 2010 at 7:28 pm 3 comments

Jika nak diikutkan saya masih ada sembilan tahun lagi sebelum menjadi ahli Persatuan Veteran RTM(PVRTM), insyaAllah. Namun apabila melayari laman web PVRTM, saya merasakan bahawa saya sedang dikelilingi oleh mereka yang pernah saya kagumi sewaktu mula menjadi ahli keluarga RTM, 29 tahun lalu. Satu tempoh yang tidak lama sebenarnya namun itulah putaran roda masa.

Terasa baharu sangat lagi mengenali secara berhadapan dengan nama-nama seperti Abdul Aziz Abas, Helan Abu, Zulkarnain Hassan, Baharin Tahir, Maizatul Akmam Yahya dan Nurilah Samad(sekadar menyebut beberapa nama).

Sebelum bergelar pesara@ veteran, saya mungkin tidak dapat menjerumuskan diri sepenuhnya ke dalam kelompok yang bagi saya sebagai “ the truly broadcasters “atau penyiar tulin ini namun secara tidak langsung saya cuab juga menjadi perantara untuk menyebarkan berita samada dari pihak persatuan ke pengetahuan rakan-rakan yang masih berkhidmat atau sebaliknya terutama jika da berita musibah seperti sakit atau kematian. Sekurang-kurangnya itulah yang dapat saya bantu pada ketika ini.

Bagi saya nama-nama seperti yang sebut di atas  dan ramai lagi, tiada duanya di negara kita ini lebih-lebih lagi dengan kewujudan institusi penyiaran bernama RTM yang amat digeruni suatu ketika dahulu. Saya sempat juga merasai tempiasnya cuma dalam tempoh yang singkat sebelum munculnya stesen-stesen penyiaran swasta yang kononnya menjadi kegilaan golongan masa kini.

Apapun saya akan terus menghormati veteran yang boleh saya gelar ayahanda dan kanda yang pernah mengajar dan mendidik saya untuk menjadi penyiar ala RTM yang masih punya peranan dan tanggungjawab kepada pembangunan agama, masyarakat dan   negara di samping menghibur.

Entry filed under: 1. Tags: .

Langkah Baharu Di Tahun Baharu Pemergian Demi Pemergian

3 Comments Add your own

  • 1. Pokku  |  January 8, 2010 at 1:02 pm

    Terima kasih kerana menyokong Persatuan Veteran RTM. Jika ada veteran-veteran di Melaka atau di mana saja yang saudara temui, ajaklah mereka menjadi ahli persatuan. Borang Permohonan Keahlian boleh dimuatturun melalui laman web PVRTM.
    Selamat Maju Jaya!

    Reply
  • 2. ratna  |  January 25, 2010 at 5:02 pm

    salam.. saya amat terharu dgn penulisan tuan mengenai arwah abang saya, allahyarham ahmad alwani amir hamzah. walaupun arwah telah pergi lebih dari satu tahun, tp arwah tetap di hati kami.

    Reply
  • 3. Abd.Aziz Abas  |  January 27, 2010 at 10:53 pm

    Semasa di RTM teman selalu bergurau dengan kawan-kawan penyiar. Kata teman “PENYIAR TIDAK BERSARA…MEREKA CUMA ‘FADE OFF’ (pinjam istillah penerbitan TV). Bagitu halnya dengan ahli-ahli veteran RTM. Tiap kali kami berjumpa setiakawan semacam masa dulu-dulu juga – walaupun kebanyakkan kami dah lebih 1 dekad meninggalkan RTM. Jarang kami berbincang ‘ehwal’ RTM masa kini, takut dikata orang ‘saja-saja nak buat komen.’ Tapi sekali sekali terkeluar isu penyiaran rancaklah kami berinteraksi.
    Syabbas, saudara sedia membenarkan blog sdra di senaraikan dalam Laman Web PVRTM. Paling kurang dapat kami pantau pemikiran rakan-rakan yang masih bertandak. Syabbas dan selamat maju jaya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

Kalendar 2009

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pelawatku

Tags


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.