Archive for January, 2010

Pemergian Demi Pemergian

2010 baru berusia 27 hari. Pada yang menanam azam sempena ketibaan tahun baharu, pastinya baru dalam keadaan gear pertama untuk berusaha merealisasikan azam mereka. Namun dalam pada itu menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat, tiada siapa dapat menjangka apatah lagi menahan perjalanan ketentuan Ilahi.

Dalam usia 2010 yang sesingkat ini sudah banyak berita atau peristiwa kematian yang kita hadapi. Ini termasuklah dari kalangan mereka yang kita kenali sebagai pemimpin mahupun tokoh. Pemergian AllahyarhamTan Sri Mohammad Rahmat, AllahyarhamahTun Fatimah Hashim, Allahyarham Tun Ghazali Shafie dan Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor tentu sahaja menyentuh perasaan, betapa setiap detik yang berlalu membawa bersamanya usia yang semakin meningkat. Dan apabila sampai detik dan ketika, jiwa yang menumpang di alam fana ini pasti akan dijemput untuk kembali menemui Khaliqnya buat selama-lamanya.

Pemergian demi pemergian. Namun bagi yang masih diberi peluang untuk terus bernafas di sudut dunia ini seharusnya tambah giat mempersiapkan diri sementara menanti untuk dipanggil pulang pada bila-bila masa. Tetapi itu tidak bermakna kita harus  pesimis dalam menjalani kehidupan malah sepatutnya menjadi lebih optimis kerana yakin dan percaya apa yang kita lakukan di dunia akan berbalas apabila berada di akhirat kelak. Dalam erti kata lain seandainya kita inginkan balasan berupa ganjaran baik, pastikan sahaja kita melakukan yang terbaik ketika hidup ini. Itulah sebenarnya hikmah di sebalik  peristiwa kematian, membuatkan kita berfikir, sejauh mana persiapan kita untuk berhadapan dengan takdir Tuhan yang pasti muncul itui. Betapa masih ada peluang memperbaiki sebarang kekurangan.

January 26, 2010 at 6:12 pm Leave a comment

Veteran RTM

Jika nak diikutkan saya masih ada sembilan tahun lagi sebelum menjadi ahli Persatuan Veteran RTM(PVRTM), insyaAllah. Namun apabila melayari laman web PVRTM, saya merasakan bahawa saya sedang dikelilingi oleh mereka yang pernah saya kagumi sewaktu mula menjadi ahli keluarga RTM, 29 tahun lalu. Satu tempoh yang tidak lama sebenarnya namun itulah putaran roda masa.

Terasa baharu sangat lagi mengenali secara berhadapan dengan nama-nama seperti Abdul Aziz Abas, Helan Abu, Zulkarnain Hassan, Baharin Tahir, Maizatul Akmam Yahya dan Nurilah Samad(sekadar menyebut beberapa nama).

Sebelum bergelar pesara@ veteran, saya mungkin tidak dapat menjerumuskan diri sepenuhnya ke dalam kelompok yang bagi saya sebagai “ the truly broadcasters “atau penyiar tulin ini namun secara tidak langsung saya cuab juga menjadi perantara untuk menyebarkan berita samada dari pihak persatuan ke pengetahuan rakan-rakan yang masih berkhidmat atau sebaliknya terutama jika da berita musibah seperti sakit atau kematian. Sekurang-kurangnya itulah yang dapat saya bantu pada ketika ini.

Bagi saya nama-nama seperti yang sebut di atas  dan ramai lagi, tiada duanya di negara kita ini lebih-lebih lagi dengan kewujudan institusi penyiaran bernama RTM yang amat digeruni suatu ketika dahulu. Saya sempat juga merasai tempiasnya cuma dalam tempoh yang singkat sebelum munculnya stesen-stesen penyiaran swasta yang kononnya menjadi kegilaan golongan masa kini.

Apapun saya akan terus menghormati veteran yang boleh saya gelar ayahanda dan kanda yang pernah mengajar dan mendidik saya untuk menjadi penyiar ala RTM yang masih punya peranan dan tanggungjawab kepada pembangunan agama, masyarakat dan   negara di samping menghibur.

January 5, 2010 at 7:28 pm 3 comments

Langkah Baharu Di Tahun Baharu

Hari ini hari pertama melangkahkan kaki ke pejabat pada tahun baharu 2010. Semoga usia yang diberi pinjam ini diizin pula leh Allah SWT untuk melunasi tahun 2010 sampai ke penghujungnya.

Hari ini juga diadakan perhimpunan bulanan pertama yang turut dihadiri buat julung-julung kalinya oleh pengarah baharu, Haji Keliwon Pajhar. Dalam penuh keceriaan beliau berjaya mencuit hati anak-anak buah. Semoga suasana sebegini bakal mencetuskan semangat baharu untuk mencuba sesuatu yang ‘baharu’ demi memperkasakan Radio Malaysia Melakafm.

January 5, 2010 at 7:11 pm Leave a comment


Recent Posts

Kalendar 2009

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pelawatku

Tags


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.