Mati Itu Pasti, Hidup InsyaAllah.

August 14, 2009 at 11:26 am Leave a comment

Demikian petikan lirik lagu nyanyian Herman Tino.

Dalam dua minggu ini sering sahaja dikejutkan dengan berita pemergian abadi saudara semuslim. Malah ia amat terasa jika yang pergi buat selama-lamanya itu samada dari kalangan sanak saudara ataupun kenalan.

Minggu lalu menerima berita kembalinya ke rahmatullah dua warga kerja RTM di Kuala Lumpur. Kemudian terima pula berita tentang pemergian abadi jiran di kampung mentua di Bagan Datuk. Semalam ketika majlis penutup kursus yang dihadiri di Bukit Fraser, dikejutkan dengan perpindahan abadi Ustaz Asri Ibrahim vokalis utama Rabbani. Kerana inginkan kepastian Asri yang mana satu memandangkan dalam kumpulan Rabbani terdapat dua Asri, saya lalu menghubungi rakan wartawan, Zainuri Misfar di Berita Harian. Respon yang saya terima, betul yang meninggal ialah Ustaz Asri Ibrahim. Saya sempat hebahkan berita tersebut kepada beberapa rakan.

Tengaharinya ketika menonton Berita di TV satu, terpapar berita yang menyayat hati. Rupa-rupanya Allahyarham Ustaz rebah di Auditorium P. Ramlee.

Seingat saya Allahyarham Ustaz Asri saya kenali penampilan beliau ketika bersama kumpulan Nada Murni(jika tidak salah saya) lagi  iaitu sekitar tahun 80-an. Suara gemersiknya membawakan nasyid seperti Bermusafir, Surah-Surah Al Quran dan Doa selepas membaca Al Quran cukup menikam kalbu malah saya pernah menghafal bait-bait liriknya.

Pada tahun 2006 ketika menerajui unit Hal Ehwal Radio di Kuala Lumpur, saya sempat mencipta melodi untuk dijadikan lagu tema program kanak-kanak. Saya berasa ‘kerdil’ sekali apabila melodi saya itu dinyanyikan oleh Ustaz Asri. Betapa saya masih ingat Allahyarham dengan senang hati menyanyikan melodi cptaan saya itu sedangkan saya mengandaikan bahawa Allahyarham akan membuat komen tentang ’kekurangan’ yang terdapat pada iramanya. Rakaman berlalu dengan penuh kemesraan. Itu kisah di sebelah pagi.

Pada sebelah malamnya pula ketika berada di sekitar Taman Tun Dr. Ismail, saya singgah ke sebuah mesin ATM. Tak semena-mena saya terserempak pula dengan Allahyarham dan sempat bergurau dengan mengatakan betapa bertuahnya saya dapat bersua sampai dua kali dalam sehari dengan Allahyarham.

Kini segalanya tinggal kenangan. Semoga roh Allahyarham di tempatkan dalam kalangan hamba Allah yang terpilih. Semoga khazanah yang ditinggalkan dalam dunia seni akan terus subur membawa kesedaran dan keinsafan sebagai antara cadang dakwah bagi mereka yang berfikir.

Entry filed under: 1. Tags: .

Di Pintu 15 Sya’ban Masa Dulu-Dulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

Kalendar 2009

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Pelawatku

Tags


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.