Zainal Din Zainal
July 14, 2009 at 5:32 pm Leave a comment
Ruangan hiburan Utusan Malaysia semalam(Isnin) memuatkan cerita tentang DJ popular RMIK, Radio Malaysia Ibu Kota(kini KLfm) yang pernah mengharumkan radio RTM sekitar 80-an dan 90-an. Tak perlu saya ulas kerana artikel itu boleh dibaca di sini hasil tulisan rakan wartawan yang telah lama tidak ketemu, Muzlina(Lin) Abu Bakar. Seingat saya keluarga Lin satu ketika dulu terkenal dengan bisnes lontong yang jika tak silap di seksyen 14, Petaling jaya. Tapi itu cerita tahun-tahuin 80-an.
Berbalik pada cerita Zainal din Zainal. Saya tidak begitu rapat dengan beliau kerana saya agak gusar mendekati beliau yang tampak serius dengan misai lebat. Tapi beliau sebenarnya cukup mudah didekati dan suka bergurau, cuma saya sahaja yang ‘kecut’ dengan nama yang besar ketika itu.
Kami pernah berganding bertugas pagi tetapi berlainan konti, beliau di RMIK dan saya di Radio 1(kini Klasik Nasional) iaitu sekitar tahun 90-an. Seingat saya pada satu pagi ketiga sedang berdiri di kaki lima konti setelah usai tugas, saya terserempak dengan ‘abang Nal’. Satu soalan yang masih saya ingat hingga ke hari ini yang saya lontarkan pada beliau ialah bagaimana dia berjaya menghidupkan tugas paginya. Jawpannya ringkas tetapi penuh makna.
“Pagi-pagi, abang akan berbicara dengan alam. Nikmati siulan unggas yang beryanyi…” jawab beliau dengan suara garaunya. Ah, Falsafah tu dalam hati saya. Sekadar itu jawapannya dan sesingkat itu pula ‘perbualan’ kami.
Memanglah nama Zainal Din Zainal dan Noramin merupakan ikon yang cukup gah di RMIK ketika itu. Zainal ‘membunuh’ pada sebelah pagi sementara Noramin ‘menyinga’ pada sebelah petang dengan mosyi-mosyinya. Sama kuat sama hebat. Dalam hati berbisik, bila aku nak jadi macam depa?
Pernah mereka disilangkan tetapi strategi itu tidak menjadi kerana masing-masing punyai audien sendiri.
Apapun itu kisah lama dulu. Seronok dulu tak sama dengan seronok sekarang, tambahan tidak lagi dapat beraksi di konti, sementelah usia juga sudah melepasi ‘zohor’
Entry filed under: 1. Tags: .

Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed