Archive for January, 2009

Apa Cheghita Hari Ni Yob?

Bubar sayap UMNO. Itu tajuk akhbar yang pernah membakar semangat Melayu untuk menuntut kemerdekaan. Cadangan ini datang daripada veteran UMNO yang ingin melihat parti kesayangan ini bersih daripada virus politik wang. Kewujudan sayap dianggap akan membuahkan lebih banyak gejala politik wang memandangkan akan berlaku banyak perebutan jawatan.

Lalu cadangan ini disanggah dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi. Mereka mempertahankan kehadiran sayap UMNO yang dianggap bakal mewarisi perjuangan kalangan orang lama yang satu hari nanti akan meninggalkan parti. Jika tidak didedahkan dengan sepak terajang perjuangan kepartian dari sekarang bila lagi, hujah mereka.

Apapun biarlah cerdik pandai dalam parti berkenaan yang membahas isu ini walaupun kita juga ada ‘saham’ di dalamnya kerana terbentuknya kerajaan yang memerintah hari ini adalah hasil dari gagasan yang diterajui oleh UMNO. Justeru kita serahkan saja pada mereka usaha mencerna pemikiran dan langkah yang patut diambil ke arah membersihkan ‘diri’ UMNO daripada gejala yang boleh menghancurkan survival parti terbesar umat Melayu ini jika tidak ditangani dengan bijak dan segera.

Teringat pada tajuk salah satu novel karya Sasterawan Negara, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail, Patah Sayap Terbang Jua.

Kenapa risaukan sayap yang ‘patah’, sedangkan semangat untuk terbang dengan tampak ‘bersih’ sedang merapuh dan terkulai?

January 29, 2009 at 1:46 pm Leave a comment

Apa Ceghite Hari Ni Yob?

1.30 tgh-Sekitar Puduraya dan Bangunan Cahaya Suria.

Aduhai. Bergelumang dan berjalan di tengah-tengah manusia yang boleh ditemui di Pulau Madura, Hanoi, Katmandu, Makati, Dhaka, Karachi mahupun Kerala. Kesemuanya boleh ditemui di ibu kota negaraku tercinta. Itulah senario terutama bila hari kelepasan am-dipenuhi susuk tubuh pekerja asing yang menjadikan Malaysia syurga rezeki mereka sehingga ada yang berat hati untuk meninggalkannya. Kawasan bangunan Puduraya, Cahaya Suria dan Kotaraya hari ini tidak seperti yang kukenali hampir tiga puluh dulu. Bukan sekadar jumlah lalu lintas bertambah malah bilangan manusia yang menyusuri kaki limanya juga melimpah ruah terutama golongan pengunsi. Tidak heran jika jumlah pekerja asing di Malaysia sudah meningkat jutaan orang. Memang tepat sekali jika kerajaan kini mula menyaran dan menggalakkan kita beralih pada pekerja tempatan. Sekurang
-kurang apabila berselisih tidaklah tercium ‘bau’ orang asing yang jelas kontradiksi budaya mereka dengan budaya kita.

January 27, 2009 at 6:09 am Leave a comment

Apa Ceghita Hari Ni Yob?

Semalam sempat menatap akhbar Mingguan Malaysia di bawah pojok Siti Jarum tentang nasib Ketua Pengarah Penyiaran dan timbalannya yang dihijrahkan dari jawatan masing-masing menuju terminal baru mereka. Bak kata Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok, ini betul-betul bukan cubaan. Mungkin ada yang menganggapnya sebagai drama kerana RTM selama ini sering menyiarkan drama. Lalu berhijrahlah kedua-dua orang nombor satu dan nombor dua RTM ini. Memandangkan RTM juga sering menyiarkan Hari Ini Dalam Sejarah, mungkin juga ia bakal menjadi bahan sejarah katakan dua puluh tahun akan datang. Apapun teka tekinya siapalah yang bakal menerajui RTM dan meletakkannya kembali ke puncak persada setelah lebih 60 tahun ia dipupuk oleh kalangan profesional yang membinanya dengan darah bakat dan seni mereka.

January 26, 2009 at 2:48 pm Leave a comment

Demimu Palestin

Malam ini di Laman Santai, Istana Budaya berlangsung majlis baca puisi Demimu Palestin anjuran Utusan Malaysia.

January 23, 2009 at 2:04 pm Leave a comment

Sebaya Dengan Obama Rupa-Rupanya

Al kisah si Obama presiden Amerika tu sebaya pula dengan saya, 47 tahun. Beerti kami dilahirkan pada tahun yang sama, 1961. Tapi itulah sunnatullah. Serupa tapi tak sama. Dalam usia sebegitu Obama kini memimpin 130 juta rakyat Amerika dan secara tak langsung adalah pemimpin yang kata-katanya dipatuhi oleh sebahagian besar masyarakat dunia. Apapun Obama mungkin pemimpin besar yang digeruni tapi belum tentu berjaya dalam ‘kepemimpinan’ sebenarnya. Percayalah.

January 23, 2009 at 1:53 pm Leave a comment

Obama Bersumpah Kali Kedua


Ibarat menonton filem hollywood yang diulang tayang, itulah yang dilalui oleh Presiden ke-44 Amerika Syarikat, Barrack Obama yang perlu menjalani upacara angkat sumpahnya buat kali kedua. Cuma kali ini ia tidak disaksikan lebih dua juta rakyatnya. Ia hanya berlangsung di hadapan sekumpulan pegawai berpengaruh dan selebihnya kumpulan wartawan. Begitulah ironi di sebalik kehebatan dan kepetahan Obama ketika berkempen untuk merebut jawatan presiden dulu. Hanya kerana tidak menuturkan ayat angkat sumpah dengan sempurna, Obama perlu melaluinya sekali lagi atas dasar langkah berhati-hati dalam menangani upacara yang eksklusif ini. Jelaslah betapa hebat pun sekali Amerika dalam mengatur dan melaksana agenda yang didakwa sebagai tercanggih di muka bumi, ia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan yang mengaibkan ialah ia membabitkan pemimpin tertinggi negara berkenaan.Apapun ia sedikitpun tidak menjejaskan kepresidenan Obama yang disandangnya 20 Januari lalu. Mujur.

January 23, 2009 at 12:22 pm Leave a comment

Older Posts


Recent Posts

Kalendar 2009

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pelawatku

Tags


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.