11211

Lamanya tidak menambah posting. Tapi hari ini digagahkan juga kerana sekitar waktu inilah, mengikut ceritanya, seorang bayi anak pasangan Mohd. Zain & Salmiah, lahir ke dunia, 50 tahun lalu, di Kampung Melayu, Jalan Jelapang, Chemor, Perak. Bayi itu dinamai Zazmie.

February 11, 2011 at 7:36 pm Leave a comment

Stormreaders

Saya tidak berhajat nak bercerita tentang apa itu stormreaders. Nak tahu lebih lanjut, layarilah laman sesawangnya. Kalau anda berminat boleh membeli secara online menerusi http://www.stormreaders.net/zazmiezain.

Di sana ada lebih 500 tajuk buku yang jika kita berminat boleh dibeli secara online. Yang pertama seumpamanya di Malaysia  malah di dunia. Pernah dengar majalah Solusi dan Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato Ismail Kamus? Sekarang ia semakin diminati. Cubalah tinjau laman sesawang tersebut. Nikmati kelainannya.

November 2, 2010 at 6:13 pm Leave a comment

Kesempatan Yang Tidak Sempat Ditemui

Nak kata sibuk tidak juga. Tetapi itulah yang terjadi apabila lama tidak membuat entri pada posting. Banyak aktiviti berlalu tanpa dicatat dalam blog. Berlalu bersama hembusan bayu.

Sabtu lepas sempat bersama Al Fadhil Ustaz Dr. Haji Zahazan Mohamed dalam program kuliah beliau di Kolej Mara, Seremban, Negeri Sembilan bersempena aktiviti Stormreaders di sana. Tajuk kuliah beliau, Membawa Cahaya Al Quran Ke Dalam Rumah.

Pada yang sudi singgahlah di http://www.stormreaders.net/zazmiezain untuk mencari bahan bacaan bermutu.

November 2, 2010 at 5:57 pm Leave a comment

BBK 2010

Bulan Oktober adalah Bulan Bahasa Kebangsaan. Tema pada sambutan tahun ini ialah 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara.

Sempena dengan pengisian program BBK, pagi tadi diadakan Sayembara Deklamasi Puisi ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ di Dewan Tun Fatimah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka(IPGKPMM) anjuran bersama Dewan bahasa & Pustak, IPGKPMM dan Radio Malaysia Melakafm. Saya turut terlibat sebagai salah seorang panel juri sayembara tersebut.

Seramai 25 peserta mengambil bahagian yang didoniminasi oleh peserta wanita termasuk dua pelajar sekolah rendah. Satu usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia namun sayang tidak kedapatan peserta bukan Melayu yang tampil bertanding.

Ketika menikmati makan tengahari bersama  Pengarah DBP Kawasan Selatan & Pengarah IPGKPMM, sempat juga menyuarakan hasrat ingin menggiatkan program seni & sastera yang  bakal menyaksikan kolaborasi Radio Malaysia Melakafm, IPGKPMM, DBP dan penggiat seni & sastera Melaka. InsyaAllah jika tiada aral ia akan membuahkan hasil pada tahun 2011 akan datang. Semoga terlaksana.

October 2, 2010 at 1:56 pm Leave a comment

Eidul Fitri Dirai Lagi

Alhamdulillah, selamat datang Syawal yang dinanti. Pada Ramadan yang menjauh pergi, semoga kita bisa ketemu lagi. Tahun ini sebenarnya ada kelainan bagi saya dan keluarga, baiksemasa  menjalani Ramadan mahupun merayakan Eidul Fitri. Kami melaluinya bersama kedua ayahanda dan bonda dan merayakannya pula di rumah saya di Melaka.

Kebetulan ayahanda mentua saya kini perlu menjalani dialisis, sepanjang Ramadan beliau ditemani bonda, tinggal bersama saya keluarga. Lalu sepanjang Ramadanlah kami akan berbuka puasa dan bersahur bersama. Suatu suasana yang tentunya sukar untuk dilalui lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga dan berdagang ke negeri orang. Jika nak diimbas kembali ianya hanya berkesempatan dilalui ketika kecil dahulu, dapat bersama ibu bapa sepanjang Ramadan. Justeru Ramadan kali ini cukup bermakna bagi kami malah lebih berseri lagi  dapat melutut memohon ampun dan maaf dari kedua ayahanda dan bonda pada pagi Eidul Fitri.

“Ya Allah, berkati dan rahmatilah keluargaku dengan kehadiran kedua ibu dan bapaku. Sejahterakanlah mereka agar mereka dapat terus beribadah kepadaMu”

Sehari sebelum Eidul Fitri, saya berhadapan suatu insiden yang mengharukan apabila terserempak dengan kemalangan maut yang meragut nyawa. Ia berlaku di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil. Ketika saya melintasi lokasi kejadian, insiden kemalangan maut itu baru saja terjadi. Saya sempat merakam kereta kancil yang malang itu. Mengikut maklumat dan disahkan melalui laporan akhbar keesokannya, kemalangan itu tidak membabitkan orang lain kecuali pemandu(serorang wanita) dan penumpang kereta itu sendiri. Berita lanjut di sini.

September 13, 2010 at 1:27 pm Leave a comment

Seputar Masjid

Alhamdulillah, hari ini genap dua belas hari kita menjalani ibadah puasa. Segala macam dugaan telah dirasai sepanjang tempoh itu. Namun apalah sangat dengan dugaan yang terpaksa dilalui oleh saudara kita yang berada di Palestin misalnya atau di mana saja di pelusuk dunia yang serba kekurangan dan hidup dalam ketakutan. Dalam pada itupun masih kedapatan orang kita yang melalaikan tanggungjawab berpuasa ini. Antaranya yang paling ‘ringan’ ialah kalah dengan tuntutan hawa nafsu ketika berbuka mahupun apabila berbelanja membeli juadah berbuka puasa terutama di Bazar Iftar Ramadan. Bayangkan dengan dugaan sekecil itupun kita telah kecundang inikan pula seandainya kita berada di medan peperangan atau berada di padang pasir kontang yang panasnya sampai membakar tubuh.

Betapa puasalah medan untuk kita menilai sejauh mana keinsafan yang sering bermain di bibir. Puasalah yang menyerlahkan kekuatan batiniah kita memerangi kegilaan nafsu yang tidak pernah kenal jemu. Tetapi alangkah ruginya apabila kita berlapar dahaga pada siang hari dengan hasrat untuk mengejar keredhaan Allah SWT  namun tumpas di meja makan apabila tiba waktu berbuka puasa. Inilah yang perlu kita renungi bersama.

Kadang-kala kitapun pening juga dibuatnya apabila semangat makan pada bulan puasa ini berlipat ganda. Memanglah secara biologikalnya nafsu makan akan bertambah setelah kita berlapar dahaga dalam satu tempoh yang panjang, namun di mana sifat bersederhana kita yang berlandaskan tuntutan Ilahi? Itu belum disentuh tentang pembaziran yang dilakukan. Aduhai, di manakah nilai puasa kita jika ingin dibandingkan dengan puasa orang-orang tua kita  dulu. Mereka juga berpuasa seperti kita berpuasa. Tetapi belum tentu pengisian puasa yang kita laksanakan sebaik dengan apa yang mereka perbuat. Apakah kita perlu menuding jari pada suasana persekitaran atau sebenarnya ia ada kaitan dengan tebal nipisnya iman? Inilah yang perlu kita renungi.

Apapun pada bulan Ramadan kali ini saya cuba untuk berkunjung dari masjid ke masjid terutama untuk bersolat Isyak dan solat sunat tarawih. Setakat ini saya sudah melakukannya di beberapa buah masjid di sekitar Melaka seperti Masjid Saidina Ali, Bukit Katil, Masjid Pangkalan Minyak, Masjid Bukit Baru dan Masjid Saga, Air Pa’ Abas. Tujuannya untuk menikmati suasana yang berbeza antara satu masjid dengan masjid yang lain terutama masjid yang mempunyai iman tua yang mampu mengembalikan nostalgia ketika berada di kampung satu masa dulu. InsyaAllah dengan Ramadan yang berbaki lebih kurang 17 hari ini, entah berapa buah masjid lagi akan saya jejaki selain berjemaah dengan kariah di taman tingggal saya walaupun kami hanya berjemaah di sebuah musolla sementara berupa sebuah rumah taman yang belum berpenghuni.

August 22, 2010 at 4:45 pm Leave a comment

Older Posts


Recent Posts

Kalendar 2009

March 2012
M T W T F S S
« Feb    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pelawatku

Tags


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.